13 October 2010

WHY I NEED A LEADER


In previous post, i do mention the first criteria i look in men is leadership. Here is some info to share (^_^)

Riwayat daripada Abu Sa'id al Khudri r.a. katanya,

"Suatu hari ketika Rasulullah s.a.w keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita.

Beliau Bersabda: "Wahai kaum wanita, bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah majoriti penghuni neraka".

Salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah?".

Beliau menjawab: "Kalian banyak melaknat dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki kekurangan akal dan agama yang dapat menghilangkan akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang antara kalian".

Mereka bertanya lagi: "Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan akal dan agama kami wahai Rasulullah?".

Baginda menjawab: "Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?". Mereka menjawab: "Benar."

Baginda berkata lagi: "Bukankah apabila seorang wanita mengalami haid maka mereka tidak melakukan solat dan puasa?". Mereka menjawab: "Benar".

Baginda berkata: " Itulah (bukti) kekurangan agamanya".

(Riwayat al-Bukhari no. 298)

*************************************************************************************

When i marry with someone, I wanna be his wife here in this temporary world, and also a Queen to all the fairies whom destined earlier to be my husband's wives in heaven. And to achieve that, only a Soleh men can lead his wife to be a Solehah girl.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka dengan penciptaan baru. Dan kami kembali menjadikan mereka gadis-gadis perawan." (Surah Al-Waqiah 56: 35-36).

Secantik apa pun para bidadari ini, namun wanita-wanita Mukminat jauh lebih cantik daripada mereka. Iaitu orang yang membasuh mukanya setiap hari dengan wudhu', melaksanakan solat dan taat akan suaminya demi mencapai keredhaan Allah s.w.t.

Satu kisah menarik untuk dikongsi iaitu kisah Ummu al-Darda (nama sebenarnya Hujaimah al-Himyariah). Beliau adalah isteri Abu Darda', seorang sahabat nabi s.a.w yg hidup di Syam. Suatu hari Ummu al-Darda' berdoa dihadapan suaminya, "Ya ALLAH, sesungguhnya Abu Darda' meminangku didunia,lalu aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepada-Mu untuk menjadi suamiku di Syurga."

Abu Darda' berkata, "Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia." Setelah Abu Darda' wafat, Khalifah Mu'awiyah bin Abi Sufyan datang untuk meminang namun Ummu al-Darda' meolak pinangan tersebut untuk bersama suaminya di syurga.

Tears. It is not easy to change to be a better person. But everyday i pray to Almighty..Ya Allah, jadikan lah hambaMu ini hamba yang makin beriman dan solehah dari hari ke hari. This post is for me myself too. Sama2 berusaha!


1 comment: