28 December 2010

AKU DULU-DULU

Masa sekolah rendah dulu, aku rase ak disayangi oleh cikgu2 aku*aku rase la kan*. Mungkin disebabkan kebijaksanaan aku*ewah-ewah*+rupa paras ku*ewah-ewah-ewah*+puan mahni orang kuat PIBG*yg ni aku rase betol*+rumah ak banyak pokok mempelam*ini konpem betol*+hobi ‘pendekar laut’ adalah turun ke laut*ini mungkin betol*.

Cikgu Fazidah*cikgu BM*, Cikgu Nor Azimah*cikgu BM juga*, Teacher Azizah*T.e.a.c.h.e.r k*, Sir Nadzmi*S.i.r k*, Ustazah Hafsah, Ustazah Salmiah, Cikgu Kamarulzaman*sains*, Cikgu Che Wan*math*, Cikgu Azman*sains n math*,n Cikgu Jaafar*cikgu besar*. Ni diantaranya sahaja. Yang aku lupa nak mention, jangan rase hati yek. No matter what, I love y’all..hehe.

Cikgu Fazidah, Cikgu Nor Azimah,Teacher Azizah

Aku rase diowang 3 orang kawan baik. Aku pernah dengar diowang bergosip. Terdengar k. Dah gossip depan muka aku, ditambah pula dengan daya ingatan tahap cipan aku ini, maka sampai skang aku ingat gossip diowang. Owh, lupa nak mention. Ini antara cikgu yang sangat rapat ngn aku (^_^)v.. antara cikgu yang suke makan buah mempelam rumah aku..dan suke bertanyekan dalam peti rumah aku ader sotong x?

Cikgu Fazidah time aku sekolah rendah tak ader anak lagi. Takde rezeki lagi. So die slalu mintak izin puan mahni untuk ambil aku bermalam di rumah die bersama seorang lagi kawan baik aku dulu, Asmirah Ismail. Walaupun die sayang aku, tapi die pernah baling buku latihan aku dan kwn2 sebab silap buat kerja sekolah. Huuuuuuu, aku nangis kot. Darjah 2 time tuh. Die sempat ngajar aku sampai aku habis darjah 6. Aku ingat die datang umah bersama2 cikgu yang lain masa birthday aku yang ke 12. Time tu, kerabat diraja Pai menyambut hari kelahiran aku dengan penuh meriah. Ye, itu yang terakhir. Puan Mahni kate, da abis sekolah rendah, no more grand celebration, huuuuuu. Owh, berita terkini yang Puan Mahni gtao, cikgu Fazidah dah de anak sowang. Alhamdulillah.

Cikgu Nor Azimah ngajar BM jugak. Tapi untuk murid darjah 4, 5, 6 sahaja rasenya. Die cikgu bola jaring. Dan die juge suke makan buah mempelam rumah aku. Die rapat ngn Puan Mahni, so die rapat jugak la ngn aku. Time sekolah rendah, aku main hoki*cikgu Khalid yang ajar*, aku tak main bola jaring. Sebab aku tak pandai control kaki. Leceh, tak leh gerak ni, tak leh gerak tu. Hoki best, boleh berlari lagi… Tapi bila masuk sekolah menengah, aku pandai la pulak main bola jaring. Siap jadi G.A*goal attacker* lagi. Time tuh, saham aku agak naik dikalangan pelajar perempuan kelas2 lain. Even diowang xtao siapakah nama bintang kelas 1 khadijah itu, diowang panggil aku G.A RUMAH BIRU. Muahahahaha. Owang pertama yang panggil aku gitu adalah shazana aqilah, budak bijak shams*bakal doctor, skang kat Dublin*. Time tingkatan 2, kami sekelas, and sama2 jadi pengawas sekolah. Ape yang aku nak sampai kan kat sini, xleh main bola jaring time sekolah rendah, tak bermakna korang memang mangkuk dalam bola jaring. Tapi setiap kali aku main bola jaring, aku akan teringat kat cikgu Nor Azimah.. “Shida, jaga kaki…shida, jaga kaki…shida, jaga kaki”*Urrghhhhh*

Cikgu Kamarulzaman- Die cikgu Sains, baik ngn Puan Mahni. Aku agak segan ngn die time sekolah rendah sebab die handsome*serius ensem*. Ramai la jugak kawan2 aku yang suke die. Salah sorang adalah Nor Afini, aku panggil fini jek. Fini da kawen da skang, da anak pon. Cikgu ni time aku degree, puan Mahni kate die bercerai ngn bini die. Ader la sebab2 die tuh. So kirenya die duda la time tuh. Nak dijadikan cerita, aku ikut Puan Mahni g sekolah rendah untuk majlis ape ntah. Time ni aku tgh amik degree, so dah besar la aku ni kan. Die ader jugak so kami pon berborak2 la, da lame xjumpe kan. But seriously, it was so awkward! Cikgu time aku berhingus dulu, berborak2 dengan aku tanye khabar. Aku segan tahap cipan. Lagi awkward bile aku nak blah, die mintak no hp aku. Huuuuu. Rasenya die da kawen da skang. Selamat berbahagia cikgu!

Sir Nadzmi- Die rapat ngn aku, sebab aku antara yg terror BI time sekolah rendah dulu*dulu la, skang hancusss*. Kalo seme student kene berdiri dalam kelas, die akan suruh aku duduk. Die kate, shida awak selalu masuk wad, sakit, so awak duduk lah*ngeeeee*. Ader skali aku mintak izin nak g toilet. Ye, agak lame aku g toilet. Bile masuk kelas, die kate…. “Lamenya, ha awak sebelah shida, cube bau die, ader bau tahee tak?”. Cisssss. Die pindah time aku darjah 5 kot. Aku harap sgt dapat jumpe die balik..aku nak bagi die kad kawen aku nanti. Huuuu.

Cikgu Che Wan- Cikgu yang sangat rajin mengajar. Time darjah 6, kelas H dibahagikan kepada 2. Satu kelas biasa, satu kelas elit. Cikgu Che wan suke amik masa cikgu lain time mengajar kelas elit. Dan aku juge terdengar cikgu2 lain mengomplen berkenaan hal tersebut*nape cikgu bergosip depan murid2?*. Tapi aku sgt respect cikgu che wan. Die rajin n alwaz mendahulukan murid2 dalam segala hal. Even die de keje, die akan wat kelas ganti petang@malam. Owh, aku jarang g kelas tambahan. Puan Mahni tak nak aku letih sangat, so die mintak izin cikgu2 berkenaan untuk mengescapekan aku dari kelas tambahan. Dan of course, akan ade makhluk2 yang tak puas hati. Aku tahu diowang mengata, tapi aku buat2 xtahu. Yang penting, ak tak macam diowang, suke mengumpat. Yang paling penting, aku maintain score dalam setiap subjek. Tapi xsemua pon kawan2 aku cam2, just segelintir sahaja. Aku rase aku agak disenangi oleh kawan2 sebab time main permainan reveal ur best fwen, aku dpat paling banyak kawan. It makes me happy. So happy. Time tuh aku macam..so u guys who hate me, how many fwens u got huh? Ye, agak keji disitu. Berbalik kepada cikgu che wan. Die sihat lagi setahu aku. Kalo kebetulan jumpe puan mahni, die akan bertanyakan aku. Huuuu, terharu. Cikgu, saya sayang cikgu!

Cikgu Jaafar- Cikgu besar terbaik. Sebab die aku jadi bersemangat untuk menjadi semakin bijak. Ye. Terima kasih cikgu. Aku dengar cerita die da uzur skang*puan mahni la yg citer*. Aku doakan die cepat sembuh. Cikgu, dikesempatan ini saya nak mintak maaf. Saya, kawan2, dan cikgu suhaimi pernah ajuk cara cikgu cakap time perhimpunan. Xde niat pe2, saje jek. Saya sgt hormat cikgu.

Saya sayang semua cikgu saya. Terima kasih puan mahni kerana mengupdatekan saya dengan info2 terkini. Puan mahni mmg terbaik! Owh, aku xdbuli senior2 lelaki time sekolah rendah sebab diowang takut puan mahni. Ader la jugak sesat sowang dua yang berani buli ak..tu pon jiran sebelah rumah. Puan Mahni mmg ibu terbaik!

2 comments: