18 August 2011

:Life update:


Semalam saya ke SOGO dengan teman serumah sewa, Mas. Niat asal nak teman sahaja. Dia nak beli perfume sempena birthday boyfriend die, Shafik. Dia nak pendapat saya, katanya saya romantik. Euw. Tapi bila dah tgk sale sana sini, saya terpaksa membeli beberapa helai baju East-India company, Snails, dan juga handbag. Handbag untuk adik, hari lahir dia hari ni. 18 Ogos. Saya dah wish awal2 lagi tatkala jam di handphone menunjukkan 0001 am.

Manusia dalam SOGO macam sardin. Ikan bilis pun OK. Perempuan sibuk memilih handbag yang tengah sale 50 dan 70 %. Lelaki menunggu di sekitar kawasan yang agak lenggang dengan muka separa boring. Saya just jalan dulu tengok-tengok dan compare-compare. Hmm. Ada la lebih kurang 10 kali saya tawaf. Bila dah mark handbag, saya teman Mas ke bahagian perfume. Die confuse, tak tahu nak beli yang mana, Calvein Klein atau Sean John. CK bau agak tajam, bau common lelaki*cewah, cakap macam biasa bau je kan?* Bau I am king, Sean John sweet, kalau saya, saya nak cium bau ni. Mas excited, terus bayar.

Kami naik ke bahagian ladies, saya terus tgk label East-India. Damn! Love those vintage colours! Saya beli dua helai blaus nipis warna pink lembut gila ba**, dan juga warna hijau buruk a.k.a vintage yang saya tawaf lebih kurang 10 kali sebelum ambil dan cuba di fitting room.

Kami naik lagi ke bahagian men's wear. Ingin cari kemeja kolar yang elegen untuk bakal suami, tapi tak ketemu. So, saya beli kemeja casual Snails warna kelabu tahi anjing. Naik atas lagi cari kad untuk boyfriend Mas, dan juga kad untuk bakal suami saya.

Sebenarnya kami gaduh sehari sebelum tu. Tapi dalam hati rindu Tuhan je yang tahu. Kalau dah kawin, senang sikit kerja memujuk. Heret je bakal suami ke tet tet tet. Bukan?*mungkin situasi terbalik, lelaki yang heret, tet tet tet. Saya pernah bagi dozens of red roses untuk bakal suami tahu? Saya pernah main gitar di tepi pantai nyanyi lagu happy Birthday untuk dia, tahu?

Petang tu selepas berSMS meluahkan kesedihan nya, bakal suami datang ambil untuk berbuka bersama. Disebabkan dia masih sedih dengan tindakan saya, saya terpaksa guna taktik kotor. Saya pakai baju blaus licin yang warna pink lembut gila ba** tu with skirt, dan juga shawl. Mekap sket, cantik-cantik.

Masuk je dalam kereta, terus hilang rajuk dia. Haha. Maaf kan saya.

Dah berbaik, saya teman bakal suami buat kerja makmal, kena overnight di makmal. Bangun tiap 2 jam untuk ambil data. Walaupun mata saya leleh, dan sakit kerongkong, saya suka teman dia. Dia lagi la suka saya dekat dengan dia.

Kami sahur sama-sama pukul 5.30 pagi. Balik rumah sempat tidur kejap sampai pukul 7. Pukul 8 gerak ke tempat saya di Bangi.

Pukul 10 pagi, mata saya dah leleh ke dagu. Sejuk gila air-cond makmal ni. Saya boleh mati kesejukan tahu? Saya ambil kot makmal sape ntah, saya pakai 2 kot makmal, dan ciluk bantal sape ntah. Saya tidur. Tapi tak syok, sebab sejuk tahap gaban. Saya bawa diri ke surau. Surau lagi gaban sejuknya. Saya sempat tidur sejam di surau. Mengular la tu kan. Balik ke makmal saya minta sweater student yang tengah wat kerja. Then pakai lagi 2 helai kot makmal. Selesa sikit.

Ni mungkin demam SOGO campur ngn demam dengar lagu raya. Hukhuk. Saya rasa nak berbuka dengan sup. Sob Sob.


Selamat berbuka semua! Urm mamat jaga perfume tu cakap kat Mas suh kem salam kat saya. Euw. Perfume free satu bang!

2 comments:

  1. she, best kan bila dh bole pegang duit sendiri? hee~ teringat conversation kite time kite kuar sama2 g makan gulai geng2 SHAMS awl tahun ni :)

    ReplyDelete
  2. hey jla' dear,

    seriously, I miss u dear! Susah da nak hang out skang, she kat bangi. syok bila boleh happykan orang lain dgn titik peluh sendiri right?

    Again, windu nak hang out n g makan gulai. huu

    ReplyDelete