13 April 2012

Senaman untuk si badan pear



Epal dan pear! Kedua-dua kelihatan sedap bukan? 

Epal atau nama saintifiknya Malus domestica berasal dari keluarga Rosaceae. Epal merupakan antara tanaman yang paling banyak ditanam di dunia. Dibawah adalah contoh-contoh variasi epal yang terdapat di seluruh negara.

Mana satu pilihan anda?

Antara kebaikan epal adalah,

1. Epal rendah kalori dan lemak , rendah natrium dan mengandungi serat . Ini boleh membantu untuk mengurangkan berat badan .

2. Amalan memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.  Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan 'phytonutrient' yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.

3. Melindungi otak daripada bahaya penyakit Parkinson & Alzheimer

4. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, sebenarnya menyeimbangkan kembali kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

Pear atau nama saintifiknya Pyrus communis ('European pear') adalah berasal dari keluarga Rosaceae. Terdapat banyak variasi pear yang ditanam secara meluas di seluruh negara berikutan rasanya yang sedap dan juga berkhasiat. 



Tahukah anda, 

1. Pear berkesan utk melegakan sakit dada akibat batuk yg keterlaluan, contohnya akibat penyakit Tuberculosis (TB) atau batuk kering. Pengidap TB akan merasai sakit menusuk di paru2 setiap kali batuk yg berlanjutan. Pear dipercayai dapat melegakan kesakitan itu walaupun untuk sementara. 

2. Pear bersifat 'diuretic' dan 'laxcitive'. Ia sesuai untuk melancarkan sistem penghadaman terganggu akibat pengambilan makanan yg terlalu berminyak atau terlalu pedas. Oleh kerana ia mempunyai serat, pear baik utk alat pencernaan dan saluran makanan dalam tubuh seperti perut, usus kecil dan besar. Perut yg sebu akibat terlebih makan juga dapat dilegakan dengan segelas jus pir. 

3. Pear bersifat sejuk dan ini menjadikan ia sesuai untuk meredakan demam panas

4. Bagi wanita mengandung, ia dapat meredakan rasa loya akibat 'morning sickness' dan juga untuk mabuk perjalanan.

Jika anda bercadang untuk membuat sendiri jus pear, hampasnya jangan dibuang begitu saja. Ia boleh dibuat bahan dalam roti atau boleh dijadikan baja untuk tanaman.

***************************************************************************************************

Disebalik khasiat dan kelazatan kedua-dua buahan diatas, epal dan pear merupakan simbolik kepada bentuk badan manusia. 



Perempuan terutamanya amat mengidami badan berbentuk jam pasir umpama Adriana Lima, Angelina Jolie, Eva Mendez, Monica Belluci, dan ramai lagi.

Bagi mereka yang mempunyai bentuk badan seperti buah pear, amalkan senaman dibawah untuk mendapat bentuk tubuh yang ideal.

a) Kerusi bayangan


1. Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.

2. Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.

3. Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.

4. Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.

5. Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.

b) Pergerakan menggunting


Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. 

1. Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi.
2. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah.
3. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. 

4. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

c) Pusingan bulatan


1. Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. 

2. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. 

3. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

d) Pakai kasut tumit tinggi

1. Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!


2. Kepada pengidap scoliosis, jangan sekali-kali memakai kasut tumit  tinggi!

e) Melompat diatas trampoline

1. Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. 

2. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!


3. Sukar untuk mendapatkan trampoline? Cubalah 'skipping'! Terbukti mampu menguruskan badan. Mulakan dengan tetapan 10-20 kali 'skipping sehari. Jika mampu, amalkan sebanyak 100 kali sehari. Selamat berusaha! 



"Eat.Real.Fruit."

2 comments:

  1. nice info,she..mjlis dh dkt,tp berat xtrun2..risau btl.

    ReplyDelete
  2. kak, try la cut nasi, ganti ngn bihun..jgn mkn heavy after 7 pm k. bfast kalo mkn nasik lemak tukar la ke menu lain, lunch jgn skip, mkn nasik sket, cuma dinner x perlu mkn nasik dah.. exercise jgn heavy sgt, takut trseliuh ke ape~

    ReplyDelete